Ceritera al Qur’an (II)

Kisah-kisah dalam al-Qur’an

bacaBukan itu sahaja, bahkan kisah-kisah dan cerita-cerita tentang haiwan juga dimuatkan dalam al-Qur’an. Ada Surah An-Namlu (Semut) dan al-Ankabut (Labah-labah), juga beberapa kisah haiwan lain disebutkan dalam al-Qur’an.

Untuk menunjukkan banyaknya kisah-kisah dan cerita-cerita menarik lagi menakjubkan dalam al-Qur’an, saya bawakan beberapa contoh Surah dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya.

Surah Al-Baqarah (Lembu Betina)

Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil.

Surah Ali Imran (Keluarga Imran)

Kisah keluarga ‘Imran; perang Badar dan Uhud dan pelajaran yang dapat diambil dari padanya.

Surah an-Nisaa’ (Perempuan)

Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.

Surah al-An’am (Haiwan Ternakan)

Kisah umat-umat yang menentang rasul-rasul; kisah pengalaman Nabi Muahammad s.a.w. dan para nabi pada umumnya; cerita Nabi Ibrahim a.s. membimbing kaumnya kepada tauhid.

Surah Al-A’raf (Tembok yang Tinggi)

Kisah Nabi Adam a.s. dengan iblis; kisah Nabi Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Nabi Shaleh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu’aib a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Musa a.s. dengan Fir’aun.

Surah at-Taubah

Kisah Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah; perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin); perang Tabuk.

Surah Yunus

Kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; Nabi Musa dengan Fir’aun dan tukang-tukang sihir; kisah Bani Israil setelah ke luar dari negeri Mesir; Nabi Yunus a.s. dengan kaumnya.

Surah Huud

Kisah Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Huud a.s. dan kaumnya; kisah Shaleh a.s. dan kaumnya; kisah Ibrahim a.s. dan kaumnya; kisah Syu’aib a.s. dan kaumnya; kisah Luth a.s. dan kaumnya; kisah Musa a.s. dan kaumnya.

Surah Asy-Syuara’ (Penyair-penyair)

Kisah-kisah Nabi Musa a.s. dengan Fir’aun; kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Saleh a.s. dengan kaumnya (Tsamud); kisah Nabi Hud a.s. dengan kaumnya (Ad), kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu’aib a.s. dengan penduduk Aikah.

Surah al-Anbiya’ (Nabi-nabi)

Kisah Ibrahim a.s (ajakan Ibrahim a.s kepada bapaknya untuk menyembah Allah, bantahan Ibrahim terhadap kaumnya yang menyembah berhala-berhala, bantahan lbrahim a.s. terhadap Namrudz yang bersimaharajalela dan menganggap dirinya Tuhan), kisah Nuh a.s., kisah Daud a.s., dan Sulaiman a.s; kisah Ayyub a.s.; kisah Yunus a.s.; kisah Zakaria a.s.

Al-Qasas (Kisah-kisah)

Kekejaman Fir’aun dan pertolongan serta karunia Allah kepada Bani Israil; Musa a.s. dilemparkan ke sungai Nil, seorang Qibthi terbunuh oleh Musa a.s.; Musa a.s. di Mad-yan; Musa a.s. menerima perintah Allah menyeru Fir’aun dibukit Thur; kisah Karun.

Islam Agama Fitrah 

Sungguh Allah itu Maha Bijaksana menciptakan manusia dan menurunkan al-Qur’an yang amat bertepatan dan dengan fitrah manusia. Hanya sahaja manusia itu selalu lupa dan tidak bersyukur. Allah sendiri menyebutkan bahawa secara umumnya al-Qur’an itu amat mudah untuk dibaca dan difahami.

Firman Allah maksudnya, “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (surah al-Qamar, 40). Ayat yang semakna dengan ini disebut bukan sekali bahkan sekurang-kurangnya 6 kali. Maha Suci Allah.

Mereka meninggalkan al-Qur’an dan mencari kisah-kisah dan cerita-cerita dusta untuk dijadikan iktibar dan teladan. Maka muncul Snow White, Cinderella, dan bermacam-macam lagi kedustaan yang sengapa dicipta untuk menjauhkan umat Islam dari al-Qur’an dan hadis.

Amat beruntung orang-orang yang diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk sering berteman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih.

Memadai saya tutup catatan ini dengan kembara Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir Alaihissalam. Ia sebuah kisah pengembaraan yang mencabar dan menakjubkan, seperti yang disebutkan oleh Allah dalam al-Qur’an dan juga diceritakan juga oleh Nabi dalam hadis seperti diriwayatkan oleh Ubay bin Kaab dalam Sahih al-Bukhari.

Menariknya sebelum mengakhiri cerita pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi saw memberi komentar. Kata baginda maksudnya, “Kita berharap, andai sahaja Musa bersabar dan Allah mungkin akan memberitahu kisah ini lebih panjang.”

Ternyata Nabi Muhammad saw juga teruja dengan kisah dan cerita. Namun tentunya baginda antutias dengan apa yang Allah ajarkan. Wallahuaklam.

 Mohd Riduan Khairi, Kota Kimabalu, Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s